ads

TENTANG KAMI

PROGRAM “MASALAH MEMBACA”
KHAS UNTUK PELAJAR: UMUR 4 TAHUN KE ATAS, TADIKA, KELAS PEMULIHAN, PELAJAR DARJAH 1 HINGGA DARJAH 6, PENDIDIKAN KHAS & TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5.




PUSAT PEMBANGUNAN MINDA SETTA merupakan pusat pembelajaran khas kepada pelajar yang mengalami masalah dalam menguasai pembacaan dan pemahaman.“Program Masalah Membaca” adalah satu program yang amat penting bagi membantu para pelajar membaca dengan lancar dan memahami apa yang dibaca. Ini juga dapat membantu membangunkan minda pelajar. Hal ini kerana jika pelajar tidak dapat menguasai pembacaan serta pemahaman yang mantap, ini menyebabkan pelajar mengalami masalah-masalah seperti berikut:-  

  
ü Tidak dapat menjawab soalan dengan betul!
ü Tidak memahami mata pelajaran yang diajar!
ü Minat belajar semakin berkurangan!
ü Tiada keyakinan diri!
ü Tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan penting seperti UPSR!


Sekiranya masalah ini tidak diambil tindakan yang segara pastinya anak-anak Tuan/Puan akan tercicir dalam pelajaran dan seterusnya akan tertinggal segala pelajaran di sekolah.Jika ini berlaku di manakah masa depan anak Tuan/Puan??.Sila kenal pasti masalah anak-anak Tuan/Puan daripada tahap awal lagi.Jika anak-anak Tuan/Puan ada tanda-tanda seperti berikut:- (Sila berjumpa dengan kami segera).

ü Tidak kenal huruf `A B C`
ü Tidak tahu bunyi suku kata
ü  Tidak tahu menggabungkan suku kata
ü Masih merangkak-rangkak membaca
ü Pertuturan atau sebutan yang tidak jelas
ü Tulisan yang tidak kemas /sukar untuk dibaca
ü Amat lemah dalam pemahaman
ü Tidak tahu membina ayat
ü Tidak faham apa yang dibaca
ü Keputusan peperiksaan merosot
ü Kini masih lagi dalam kelas pemulihan

PUSAT PEMBANGUNAN MINDA SETTA amat menekankan PROGRAM “MASALAH i MEMBACA”,hal ini kerana ia adalah MASALAH ASAS pelajar yang perlu diselesaikan secepat mungkin.Berikut adalah maklumat Pusat kami:-

Ø Pendaftaran segera & boleh terus belajar.
Ø Kelas dijalankan 2 kali seminggu.
Ø Setiap sesi pembelajaran adalah 2 jam.
Ø 9-12 pelajar bagi 1 sessi
Ø Setiap pelajar diajar secara perseorangan (individu sepenuhnya).
Ø Pembelajaran mengikut tahap setiap pelajar (asas).
Ø Jadual kelas mengikut kesesuaian ibubapa pelajar.
Ø Kelas ganti digalakkan.



KONSEP PEMBELAJARAN
Kami mengajar secara indidvidu.
Pembelajaran mengikut konsep pembelajaran di sekolah.
Mengajar daripada tahap asas pengetahuan pelajar.
Mengikut kaedah latihan secara berulang sehingga pelajar benar-benar
Faham.
Melatih pelajar agar lebih fokus dan memberi tumpuan apa yang dibaca.
Membantu tahap keyakinan pelajar dan membantu minat pelajar untuk membaca.
Mengatasi masalah pelajar dari aspek pemahaman dan penulisan.





BUKU-BUKU YANG DISEDIAKAN IALAH :-
1) BUKU INTERVENSI BAHASA MELAYU (untuk pelajar yang belum mengenal huruf awal serta melatih penyebutan bunyi dan suku kata)

2) BUKU UJIAN PENILAIAN TAHAP PELAJAR (buku bacaan penilaian pelajar untuk memastikan tahap kelancaran serta pemahaman pelajar)

3) BUKU LATIHAN PENGUKUHAN PELAJAR (buku untuk melatih pelajar menulis serta latihan sebutan secara berulang)

4) DAN BANYAK LAGI BUKU-BUKU BACAAN BERBENTUK CERITA YANG MEMPUNYAI WARNA PADA SETIAP AYAT ATAU SUKU KATA.

           






VISI & MISI_________________
PUSAT PEMBANGUNAN MINDA SETTA (PPMS)

·      Melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek mental dan fizikal.
·      Meningkatkan semangat dan daya saing pelajar mencapai kecemerlangan.
·      Melahirkan pelajar yang berjaya dan mempunyai keperibadian yang unggul.
·      Membantu pelajar mengatasi masalah dalaman dari segi kekuatan tenaga dan daya ingatan.
·     Membina keyakinan dari dalam menghadapi segalan rintangan dalam pembelajaran.

1.             Membuat penilaian masalah/kelemahan pelajar.
2.             Membuat pemantauan kepada pelajar dari semasa ke semasa.
3.             Mengadakan sistem perekodan perubahan pelajar hingga tahap kecemerlangan.
4.             Memberikan pelbagai perkhidmatan pembangunan modal insan.




TEKNIK & KAEDAH KAMI TERBUKTI BERKESAN MEMBANTU MEREKA YANG BERMASALAH DALAM PEMBACAAN.




Dirasmikan Oleh
.
Y.Bhg Datuk Hj Osman bin Hj Jamal 
Pengarah Perancang Ekonomi Negeri Sabah.

PENGASAS PPMS
PUAN NORHAYATI BINTI HAJI SETTA

PENGURUS CAWANGAN BANDAR BARU UDA
EN SHAFIE BIN JAIS

PENGURUS CAWANGAN KULAI
EN HUSMAN BIN HAJI SETTA

PENGURUS CAWANGAN TAWAU
EN HAJI IMRAN BIN HAJI SETTA

PEN. PENGURUS CAWANGAN TAWAU
PN HJH KAREN HERLINA BINTI HJ PONREN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RISAU anak masih tidak tahu membaca?

Boleh datang ke Program kami pada setiap minggu. Kepakaran kami membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam pembacaan kepada lancar m...